Apa itu kebolehkesanan dan panggil balik produk?


NUR BAZILAH BINTI ABDUL RASHID
DPH201924070
DPIH 5F

KEBOLEHKESANAN

Sistem kebolehkesanan produk diwujudkan agar produk dapat dikesan semula dan dikenal pasti supaya tindakan boleh diambil untuk menarik balik produk yang disyaki. Kebolehkesanan juga sangat bermakna untuk memastikan pergerakan dapat dikesan untuk satu langkah ke belakang dan satu langkah ke hadapan pada setiap rantaian bekalan. Langkah ke belakang adalah aktiviti pemprosesan, manakala langkah ke hadapan pula ialah pada peringkat pengedaran ataupun penjualan.


PENARIKAN BALIK PRODUK

Penarikan balik produk adalah proses di mana pengilang, pengimport dan pemborong sesuatu produk menarik semula produk mereka yang terdapat di pasaran dari terus diedarkan. Penarikan balik produk adalah untuk mengeluarkan produk yang boleh menimbulkan risiko kesihatan atau keselamatan dari pengedaran, penjualan dan penggunaan. Seterusnya, panggil balik produk berlaku kerana terdapat laporan atau aduan daripada pengeluar, pemborong, peruncit dan pengguna.


LANGKAH PENARIKAN SEMULA PRODUK


1) Aduan daripada pelanggan
    
    Aduan ialah ketidakpuasan hati berkenaan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Contohnya berkaitan dengan masalah yang dihadapi setelah mencuba sesuatu produk yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut.

2) Audit Halal Dalaman dijalankan

     Pihak Audit Halal Dalaman akan dijalankan setelah mendapat aduan daripada pelanggan berkaitan dengan perkara yang boleh membahaykan pengguna ataupun berkaitan dengan status halal sesuatu produk. Hasil Audit akan mengkategorikan kesalahan ketidakpatuhan kepada tiga jenis iaitu kesalahan serius, kesalahan major dan kesalahan minor.

3) Penarikan Balik Produk

Penarikan balik produk akan dilakukan setelah mendapat keputusan daripada Audit.









Comments

Popular posts from this blog

KEPERLUAN KHUSUS HAS DAN IHCS (9 SKIM)