Perbezaan HAS & IHCS


NAMA; NURUL ATIKAH BINTI MOHAMAD ALI

NOMBOR MATRIK;DPH201924160

KELAS;DPIH 5G

PERBEZAAN HAS DAN IHCS


  • HAS ialah Sistem Pengurusan Jaminan Halal (Halal Assurance Management System).
  •  HAS yang telah diperkenalkan pada tahun 2011 dengan pelancaran Guidelines for Halal Assurance Management System of Malaysia Halal Certification yang diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

MHMS

(Malaysia Halal Management System) 

HAS

(Halal Anssurance System / Sistem Jaminan Halal)

                                                                 Perbezaan HAS dan IHCS
   
            

HAS




    


                                            

Keperluan umum HAS




 

1.Manual HAS

Dokumen dibangunkan oleh pihak Syarikat atau pemohon sebagai panduan pelaksanaan HAS.

2.Polisi Halal

Polisi Halal adalah pernyataan komitmen jaminan halal dan juga merupakan hala tuju untuk sesebuah organisasi atau syarikat yang telah didokumenkan sebagai panduan kepada semua pihak dalam mematuhi keperluan Pensijilan Halal Malaysia.

3,Eksekutif Halal

Eksekutif halal merupakan orang bertanggungjawab memastikan pematuhan halal di sesebuah syarikat atau premis. Eksekutif halal perlulah mempunyai ciri-ciri tersebut dan mempunyai kriteria yang diperlukan seperti 
  • Beragama Islam 
  • Warganegara Malaysia (tertahluk kepada MPPHM yang berkaitan)
  • Berjawatan Tetap
  • Berkelulusan minima Diploma Pengurusan Halal atau mana-mana kelulusan yang setaraf dengannya atau berpengalaman dalam pengurusan halal sekurang-kurangnya lima (5) tahun
  • Memiliki Sijil Eksekutif Halal daripada Penyedia Latihan Halal yang berdaftar di bawah HPB
4.Jawatankuasa Halal Dalaman (JKHD) / Internal Halal Commite (IHC)

Komiti yang  akan dilantik secara rasmi dan bertulis oleh pengurusan tertinggi syarikat yang bertanggungjawab membangun, melaksana, memantau dan mengawal keberkesanan pelaksanaan
HAS serta pematuhan terhadap keperluan Pensijilan Halal Malaysia.

5.Audit Halal Dalaman

Pemeriksaan atau pengauditan dirancang dilaksanakan oleh pihak syarikat secara dalaman untuk memastikan pematuhan terhadap keperluan pensijilan halal Malaysia.

6.Kawalan Risiko Halal

Kaedah penentuan HCP dan pelan pengurusan risiko halal yang dibangunkan dan dilaksanakan oleh syarikat  atau pemohon bagi mengawal dan memastikan risiko halal dapat dielak dan diuruskan
dengan berkesan di sepanjang rantaian bekalan halal.

7.Kawalan Bahan Mentah


8.Latihan Halal

Pelaksanaan latihan khusus berkaitan halal yang dirancang dan dilaksanakan oleh pihak syarikat merangkumi kesedaran halal dan kompetensi halal secara dalaman.

9.Kebolehkesanan (Traceability)

Keupayaan untuk mengenalpasti dan mengesan bahan mentah dan produk melalui setiap
peringkat secara menyeluruh merangkumi penerimaan, pemprosesan, penyimpanan,pengedaran dan lain-lain di sepanjang rantaian bekalan halal.

10.Semakan HAS (HAS Review)

Proses penelitian, penilaian, pemantauan dan pengesahan oleh pengurusan tertinggi syarikat terhadap pelaksanaan HAS.

11.Analisis Makmal

Analisis khusus sebagai prosedur sokongan bagi penentuan/ pengesahan halal yang dilaksanakan dan dirancang oleh pihak syarikat dan/ atau pemohon.

12.Sertu

Menyucikan anggota badan, pakaian, tempat, perkakasan dan peralatan yang bersentuhan dengan najis
mughallazah iaitu anjing, babi dan keturunannya dengan membasuhnya sebanyak tujuh (7) kali, salah satunya dengan air yang bercampur tanah. Sebaik-baiknya basuhan air yang pertama dicampur dengan tanah kemudian diikuti dengan enam (6) kali basuhan menggunakan air mutlak atau bersih yang lain.

13.Dokumentasi dan Rekod

Melakukan rekod apabila selepas membuat kerja.


                                                      Langkah Penubuhan HAS/SJH



                                                                           IHCS










1.Polisi Halal

Polisi Halal adalah pernyataan komitmen jaminan halal dan juga merupakan hala tuju untuk sesebuah organisasi atau syarikat yang telah didokumenkan sebagai panduan kepada semua pihak dalam mematuhi keperluan Pensijilan Halal Malaysia.

2. Kawalan Bahan Mentah / Kawalan Bahan Risiko

Kawalan Risiko Halal ialah kaedah penentuan HCP dan pelan pengurusan risiko halal yang dibangunkan dan dilaksanakan oleh syarikat dan/ atau pemohon bagi mengawal dan memastikan
risiko halal dapat dielak dan diuruskan dengan berkesan di sepanjang rantaian bekalan halal.

3.Kebolehkesanan

Keupayaan untuk mengenalpasti dan mengesan bahan mentah dan produk melalui setiap
peringkat secara menyeluruh merangkumi penerimaan, pemprosesan, penyimpanan,pengedaran dan lain-lain di sepanjang rantaian bekalan halal.

Comments

Popular posts from this blog

Apa itu kebolehkesanan dan panggil balik produk?

KEPERLUAN KHUSUS HAS DAN IHCS (9 SKIM)