KEPERLUAN KHUSUS HAS DAN IHCS (9 SKIM)


 NAMA: NURHUSNINA HUMAIRA BINTI ABD HARIS
NO MATRIK: DPH201924065

KEPERLUAN KHUSUS HAS DAN IHCS ( 9 SKIM )


Pelaksanaan MHMS mempunyai dua komponen utama iaitu Sistem Jaminan Halal Malaysia (HAS) dan Sistem Kawalan Halal Dalaman (IHCS). HAS penting bagi Industri Besar dan Sederhana di mana pelaksanaan keperluan HAS mengandungi 10 sub-komponen iaitu:




Manakala bagi Syarikat-syarikat yang bersaiz kecil dan juga mikro harus memberi penekanan kepada IHCS yang megandungi 3 sub-komponen iaitu: 



1) SKIM PRODUK MAKANAN DAN MINUMAN, KOSMETIK, FARMASEUTIKAL, BARANG GUNAAN DAN PERANTI PERUBATAN 

(a) Industri Besar dan Sederhana




Pelaksanaan keperluan HAS secara menyeluruh dengan memenuhi keperluan yang terkandung di dalam MHMS 2020. Syarikat dan pemohon hendaklah melibatkan wakil R&D sebagai ahli Jawatankuasa Halal Dalaman (JKHD). Mereka juga perlu mewujudkan carta alir bagi setiap aliran pemprosesan produk yang berbeza-beza (Rujuk lampiran F1, F3 dan F4) dan syarikat dan pemohon perlu melantik Eksekutif Halal bagi setiap cawangan di premis.





(b) Industri Kecil dan Mikro

Syarikat dan pemohon hendaklah melaksanakan keperluan IHCS dengan memenuhi keperluan seperti mewujudkan polisi halal bagi syarikat. Selain itu, membangunkan prosedur kawalan bahan mentah untuk memastikan pembelian, penerimaan dan penyimpanan bahan mentah memenuhi keperluan Prosedur Pensijilan Halal Malaysia. Seterusnya, membangunkan prosedur kebolehkesanan yang bertujuan Memastikan produk boleh dikesan di semua peringkat iaitu satu (1) langkah ke belakang di mana bahan itu datang dan satu (1) langkah ke hadapan iaitu ke mana produk akhir itu akan berada.

2) SKIM PREMIS MAKANAN

Terdapat 7 jenis premis makanan yang perlu memenuhi keperluan MHMS 2020 iaitu:


a) Hotel




Syarikat perlu melaksanakan keperluan HAS secara menyeluruh, Pihak syarikat perlu melibatkan F&B Manager atau ketua tukang sebagai ahli Jawatankuasa Halal Dalaman (JKHD) yang berperanan untuk memastikan keberkesanan HAS sentiasa dikawal selia secara berterusan. Seterusnya, melantik Eksekutif Halal bagi setiap cawangan premis.

b) Katering/Khidmat Penyajian Makanan/Dapur Pusat Konvensyen

(i) Industri Besar dan Sederhana



Industri ini perlu melaksanakan keperluan HAS secara menyeluruh dengan memenuhi keperluan yang terkandung di dalam MHMS 2020 seperti syarikat atau pemohon hendaklah melibatkan F&B Manager atau ketua tukang masak sebagai ahli Jawatankuasa Halal Dalaman (JKHD). Selain itu, pihak syarikat juga mestilah melatih Eksekutif Halal bagi setiap cawangan premis.

(ii) Industri Kecil dan Mikro

Syarikat atau pemohon perlu melaksanakan keperluan IHCS di mana pihak syarikat perlulah mewujudkan polisi halal bagi syarikat. Selain itu, pihak syarikat juga perlulah membangunkan prosedur kawalan bahan mentah dan yang terakhir ialah prosedur kebolehkesanan.

c) Kafeteria (Pengurusan Secara Berpusat)

Syarikat atau pemohon perlu melaksanakan keperluan IHCS iaitu syarikat mesti Eksekutif Halal di peringkat pengurusan. Seterusnya, menyediakan dokumen HAS sewaktu pemeriksaaan serta memastikan Audit Halal Dalaman dilaksanakan ke sema premis di bawah pengurusan syarikat tersebut.

d) Premis Makanan Berangkai

Syarikat atau pemohon perlu melaksanakan keperluan HAS iaitu syarikat mestilah melatih Eksekutif Halal di peringkat pengurusan atau dapur berpusat bagi setiap jenama rangkaian yang berbeza. Selain itu, Pihak syarikat juga harus membangunkan HAS bagi dapur berpusat dan merangkumi rangkaian premis.  Seterusnya, melibatkan pengurusan operasi sebagai Jawatankuasa Halal Dalaman (JKHD). Disamping itu, menyediakan dokumen HAS untuk disemak sewaktu  pemeriksaan dapur berpusat atau premis. Selain itu, Memastikan audit halal dalaman dilaksanakan ke semua rangkaian premis. Akhir sekali, menyediakan senarai bawah jenama atau rangkaian milikan yang sama.

e) Lain-lain Premis Makanan

Syarikat atau pemohon hendaklah melaksanakan keperluan IHCS iaitu mewujudkan polisi halal. Selain itu, syarikat juga perlu membangunkan prosedur kawalan bahan mentah. Akhir sekali, membangunkan prosedur kebolehkesanan.

RUMAH SEMBELIHAN

a) Industri Besar dan Sederhana




Syarikat atau pemohon perlu melaksanakan keperluan HAS iaitu syarikat hendaklah melibatkan sekurang-kurangnya seorang penyelia dan penyembelih sebagai ahli JKHD yang bertanggungjawab mengawal dan memantau pelan Pengurusan Risiko Halal untuk aktiviti pemprosesan. Akhir sekali, melantik Eksekutif Halal bagi setiap cawangan premis.

b) Industri Kecil dan Mikro

Syarikat atau pemohon perlu melaksanakan keperluan IHCS di mana pihak syarikat perlulah mewujudkan polisi halal bagi syarikat. Selain itu, pihak syarikat juga perlulah membangunkan prosedur kawalan bahan mentah dan yang terakhir ialah prosedur kebolehkesanan.

4) Logistik


(a) Industri Besar dan Sederhana

Syarikat atau pemohon perlu melaksanakan keperluan HAS iaitu syarikat hendaklah mewujudkan prosedur risiko halal yang yang melibatkan aktiviti tambahan penggudangan dan peruncitan  seperti cross docking, pecah pukal, consolidating dan sebagainya. Seterusnya, mewujudkan prosedur kawalan risiko halal bagi kontrak pihak ketiga. Selain itu, syarikat juga perlu membangunkan prosedur kawalan  halal bagi penerimaan atau pemilihan produk dagangan iaitu peruncitan beserta senarai produk dengan kawalan risiko halal yang lengkap. Akhir sekali, melantik Eksekutif Halal bagi setiap cawangan premis.

(b) Industri Kecil dan Mikro

Syarikat atau pemohon perlu melaksanakan keperluan IHCS iaitu syarikat mestilah mewujudkan polisi halal. Seterusnya membangunkan prosedur kawalan risiko halal dan prosedur kawalan halal tambahan bagi keperluan  khusus. Akhir sekali, membangunkan prosedur kebolehkesanan bagi syarikat.

5) SKIM PENGILANGAN KONTRAK/OME


(a) Industri Besar dan Sederhana

Syarikat atau pemohon perlu melaksanakan keperluan HAS iaitu syarikat hendaklah melibatkan bahagian R&D atau bahagian penerimaan bahan mentah sebagai ahli JKHD. Seterusnya, membangunkan prosedur kawalan halal bagi penerimaan pelanggan serta penerimaan bahan mentah pelanggan. Disamping itu, menyediakan senarai pelanggan iaitu senarai bahan mentah dan produk yang dikilangkan. Akhir sekali, mestilah melantik Eksekutif Halal bagi setiap cawangan premis.

(b) Industri kecil dan Mikro

Syarikat atau pemohon perlu melaksanakan keperluan IHCS iaitu syarikat perlulah mewujudkan polisi halal. Seterusnya, membangunkan prosedur kawalan bahan mentah atau kawalan risiko halal. Selain itu, membangunkan prosedur kawalan halal bgi keperluan khusus 7 (5) (a). Akhir sekali membangunkan prosedur kebolehkesanan.

9) PELBAGAI

-Panel Pensijilan Halal Malaysia berhak menimbang, menilai, mengkaji dan membuat apa-apa keputusan terhadap pelaksanaan MHMS syarikat dan/ atau pemohon bagi menambah baik dan menjamin integriti Pensijilan Halal Malaysia.

-Pelaksanaan MHMS 2020 oleh pihak syarikat dan/ atau pemohon boleh memberi kesan terhadap permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

-Walau apapun peruntukan dalam MHMS 2020 ini, pihak berkuasa berwibawa boleh mengecualikan mana-mana peruntukan dalam prosedur ini jika difikirkan perlu dan munasabah.

-Pihak berkuasa herwibawa holeh menambah, meminda dan membatalkan mana-mana peruntukan dalam MHMS 2020 melalui Pekeliling Pensijilan Halal Malaysia dan/ atau hebahan melalui portal rasmi pihak berkuasa berwibawa sebelum dikuatkuasakan.

Sekiranya terdapat kekeliruan dan/ alau percanguahan maksud MHMS 2020 ini, maka dokumen MHMS 2020 edisi Bahasa Melayu hendaklah menjadi rujukan sahih dan muktamad.
 







 



 




































Comments

Popular posts from this blog

Apa itu kebolehkesanan dan panggil balik produk?