NUR BAZILAH BINTI ABDUL RASHID DPH201924070 DPIH 5F KEBOLEHKESANAN Sistem kebolehkesanan produk diwujudkan agar produk dapat dikesan semula dan dikenal pasti supaya tindakan boleh diambil untuk menarik balik produk yang disyaki. Kebolehkesanan juga sangat bermakna untuk memastikan pergerakan dapat dikesan untuk satu langkah ke belakang dan satu langkah ke hadapan pada setiap rantaian bekalan. Langkah ke belakang adalah aktiviti pemprosesan, manakala langkah ke hadapan pula ialah pada peringkat pengedaran ataupun penjualan. PENARIKAN BALIK PRODUK Penarikan balik produk adalah proses di mana pengilang, pengimport dan pemborong sesuatu produk menarik semula produk mereka yang terdapat di pasaran dari terus diedarkan. Penarikan balik produk adalah untuk mengeluarkan produk yang boleh menimbulkan risiko kesihatan atau keselamatan dari pengedaran, penjualan dan penggunaan. Seterusnya, panggil balik produk berlaku kerana terdapat laporan atau aduan daripada pengeluar, pemborong, peruncit dan ...
NAMA: NURHUSNINA HUMAIRA BINTI ABD HARIS NO MATRIK: DPH201924065 KEPERLUAN KHUSUS HAS DAN IHCS ( 9 SKIM ) Pelaksanaan MHMS mempunyai dua komponen utama iaitu Sistem Jaminan Halal Malaysia (HAS) dan Sistem Kawalan Halal Dalaman (IHCS). HAS penting bagi Industri Besar dan Sederhana di mana pelaksanaan keperluan HAS mengandungi 10 sub-komponen iaitu: Manakala bagi Syarikat-syarikat yang bersaiz kecil dan juga mikro harus memberi penekanan kepada IHCS yang megandungi 3 sub-komponen iaitu: 1) SKIM PRODUK MAKANAN DAN MINUMAN, KOSMETIK, FARMASEUTIKAL, BARANG GUNAAN DAN PERANTI PERUBATAN (a) Industri Besar dan Sederhana Pelaksanaan keperluan HAS secara menyeluruh dengan memenuhi keperluan yang terkandung di dalam MHMS 2020. Syarikat dan pemohon hendaklah melibatkan wakil R&D sebagai ahli Jawatankuasa Halal Dalaman (JKHD). Mereka juga perlu mewujudkan carta alir bagi setiap aliran pemprosesan produk yang berbeza-beza (Rujuk lampiran F1, F3 dan F4) dan syarikat dan p...
Comments
Post a Comment